Rusli Jaafar kini Naib Pengerusi Eksekutif (Pengurusan)

Bermula 1 Jun 2021, YBrs Encik Rusli Jaafar telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Eksekutif (Pengurusan), Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Gerakan Koperasi Malaysia mengucapkan tahniah atas lantikan ini dan berdoa agar beliau dapat meneruskan kecermerlangan bertugas dijawatan baharu tersebut.

Memulakan kerjaya di Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) kemudian pernah dipinjamkan untuk mengalas tugas sebagai Pegawai Khas kepada Menteri pada ketika itu dan kemudian kembali semula SKM.

Beliau sebelum ini pernah bertugas sebagai Timbalan Pengarah di SKM Cawangan Negeri Selangor dan kemudian dilantik sebagai Pengarah di Negeri Selangor.

Beliau seterusnya menjadi Pengarah di Ibupejabat SKM dengan menerajui beberapa bahagian dan kini dilantik sebagai Naib Pengerusi Eksekutif (Pengurusan). Tahniah sekali lagi.

One thought on “Rusli Jaafar kini Naib Pengerusi Eksekutif (Pengurusan)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *