Informasi pilihan kali ini memilih posting mukabuka SKM yang membuat pengumuman menyatakan surat CIMS sedia ada masih terpakai.
Nampaknya tiada surat yang perlu dikeluarkan oleh SKM mahupun MEDAC untuk membolehkan koperasi beroperasi sepanjang PKP 3.0 kali ini. Memadai dengan surat sedia ada yang telah dimuat turun dan digunakan sejak 1 JUN yang lalu.
Oleh itu buat yang telah mendapat kelulusan untuk beroperasi masa PKP 3.0 ini gunakan sebaik mungkin dan jangan pula mengambil kesempatan. Buat yang tidak lulus kena akur dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berwajib. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Benarlah pepatah ada Melayu ada berkata berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’. Setiap orang diduga dengan pelbagai ujian masa pendemik ini. Setiap ujian ini mendekatkan kita lagi kepada Allah yang Maha Berkuasa dan kepadaNYA jua kita berserah segalanya.
Bartabahlah dan berlapang dada.
