EDC, Shah Alam – Gabung Kita Kuat kali ini berbicara tentang isu semasa negara iaitu tentang rantaian makanan yang kian mahal dan terhad pembekalannya.
Kali ini kita membawakan beberapa koperasi terdiri daripada rantaian pembekalan tenusu, daging, ayam, pengusaha katering, chef muslim, agro dan beberapa koperasi sokongannya.
Kehadiran peserta bertambah ceria dengan kehadiran dan sokongan President MCED, Dato Nazilah yang turut hadir melawat sesi Sembang Teh Tarik Koperasi ini.berjalan.
Banyak informasi tentang industri yang kita baru tahu. Dan selama ini telah adapun koperasi yang menjalankannya. Cuma tidak dapat pendedahan dan sokongan sahaja.
Paling menarik setiap peserta dapat bertukar-tukar maklumat perniagaan koperasi masing-masing.
Program berjalan selama 3 jam bermula pada pukul 2 petang dan tamat pada pukul 5.30 petang.
Banyak peluang yang ada dan wujud dalam rantaian pembekalan makanan buat koperasi.
Satu cadangan akan mewujudkan satu bengkel membincangkan lebih lanjut tetang pembekalan ayam kelak akan dilaksanakan.