Peluang Perniagaan Bersama WCB

Shah Alam- Koperasi wanita Malaysia Berhad atau dikenali sebagai WCB kini sedang berkembang pesat memberi peluang kepada wanita-wanita diluar sana untuk bersama-sama menjadi pemegang saham kepada sebuah koperasi kredit. Setahun penubuhannya kini WCB mula mengorak langkah bersama beberapa rakan strategik memberikan perkhidmatan yang mendapat permintaan tinggi dipasaran kini seperti yang diluluskan oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan termaktub dalam Undang-Undang Kecil Koperasi (UUK)

Antara aktiviti perniagaan yang WCB adalah memberi pembiayaan kredit, jual beli emas, Ar-Rahnita, pembekalan kepada sektor koperasi, kerajaan dan swasta dan yang terakhir pembangunan usahawan dalam dan luar negara. Koperasi ini bermatlamat bakal menjadi bank koperasi menjelang 5 tahun penubuhannya.

Koperasi ini ditubuhkan melalui gabungan 4 NGO besar negara terdiri daripada Usahanita, Wawasanita, Yayasan Wanita dan MCED. Kini membuka ruang kepada lebih 16 Juta wanita di negara ini untuk sertai WCB. Penubuhan WCB ini amat bermakna buat kaum wanita seluruh negara sebagai hadiah sempena 100 tahun gerakan koperasi di Malaysia yang mana WCB akan memperjuangkan dan mengangkat agenda wanita dalam gerakan koperasi negara.

Untuk makluman pendaftaran koperasi kredit telah sekian lama dibekukan namun disebabkan agenda wanita koperasi ini mendapat perhatian YB Menteri ketika itu yang memberi laluan meluluskan serta merasmikan koperasi ini tahun lalu.

Antara kelebihan menyertai koperasi ini setiap anggota koperasi secara automatik menjadi usahawan emas dan berpeluang menjalankan perniagaan emas yang sedia maklum memerlukan modal yang agak besar dan risiko perniagaan ini juga agak tinggi terdedah dengan rompakan dan kehilangan barang berharga.

Namun kini masalah sedia ada diselesaikan oleh WCB dengan memperkenalkan platform emas digital dan fizikal yang mana menawarkan emas pada harga serendah RM10 dengan menjadi Merchant kepada Aco Gold Sdn. Bhd yang merupakan anak syarikat dalam kumpulan Quantem Metal (QM). Sudah pasti ini memberikan peluang kepada wanita mencipta pendapatan pasif yang berterusan kerana emas dan wanita memang tidak dapat dipisahkan sejak dahulu lagi.

Dikenali dengan jenama GRABGOLD, WCB mensasarkan melahirkan jutawanita dalm perniagaan emas ini. Oleh itu jangan ketinggalan dan melepaskan peluang perniagaan yang telah disediakan melalui WCB. Sebarang maklumat lanjut sila layari www.wcbmalaysia.com atau hadir ke pejabat operasi dan pemasaran WCB terletak di EDC, Tingkat 6, Bangunan Kumpulan Muara, Sek 14, Shah Alam bermula 1 Mei 2023 ini.

Banyak lagi kelebihan yang ada dengan menjadi anggota WCB. Sebagai koperasi baharu yang diterajui oleh nama-nama besar pemimpin NGO negara banyak aktiviti-aktiviti keusahawanan dan peluang dalam dan luar negara telah dirancang dan akan dikongsi kepada anggota WCB. Nantikan pengumuman menarik daripada pihak WCB nanti.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bisnes

Gabung Kita Kuat 15 Jun 2022

EDC, Shah Alam – Gabung Kita Kuat kali ini berbicara tentang isu semasa negara iaitu tentang rantaian makanan yang kian mahal dan terhad pembekalannya.   Kali ini kita membawakan beberapa koperasi terdiri daripada rantaian pembekalan tenusu, daging, ayam, pengusaha katering, chef muslim, agro dan beberapa koperasi sokongannya.   Kehadiran peserta bertambah ceria dengan kehadiran dan […]

Info Lanjut
Bisnes

GABUNG KITA KUAT. Setiap Rabu bermula 8 JUN

https://koperasimalaysia.com/ver1.0/wp-content/uploads/2022/06/2022-06-06-215747141.mp4

Info Lanjut
Bisnes

Jemputan Setiap Rabu Bermula 8 JUN

EDC, Shah Alam – Malaysia Cooperative Action Council (MCAC) yang merupakan sayap MCED menjemput para koperator dan bangsa usahawan untuk hadir pada setiap Rabu sepanjang bulan Jun ini dalam program anjurannya yang bertajuk GABUNG KITA JADI KUAT. Program ini sesuai dengan peranannya yang ingin menjemput para koperator dan bangsa usahawan yang mempunyai perniagaan atau matlamat […]

Info Lanjut