Forum Sembang Koperasi Online

Hulu Selangor – Forum Sembang Koperasi secara Online kini dilancarkan di web KoperasiMalaysia.Com : Informasi Alternatif Gerakan Koperasi Malaysia.

 

Forum ini dibina bagi memudahkan perbincangan mengenai apa jua berkenaan koperasi berada pada satu tempat dan direkod untuk rujukan para koperator.

 

Beberapa topik perbincangan telah dibuka antaranya Perbincangan Umum, Akta dan Peraturan, Peluang Perniagaan, Seminar & kursus dan gosip-gosip koperasi. Malah pada masa.hadapan akan ditambah mengikut topik perbincangan yang lain lagi.

 

Semoga forum ini memberi manfaat dan dapat digunakan oleh koperator sebagai informasi berpusat dan setempat mengenai koperasi di negara ini.

 

Selamat berforum dan bersembang secara maya buat semua.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.