Shah Alam – Bertemakan GABUNG KITA KUAT, Program Sembang Teh Tarik Koperasi pada 15 Jun ini cuba menfokuskan pada koperasi dan bangsa usahawan dalam bidang rantaian makanan yang terdiri daripada penternak ayam, kambing, lembu, pengusaha makanan dan mereka yang terllibat dalam sektor makanan secara tidak langsung.
Sesi santai ini dijangka berlangsung selama 3 jam bermula pada pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang.
Sesi kali ini cuba membawa isu hangat yang sedang melanda negara iaitu tentang rantaian makanan yang dikatakan semakin kurang pembekalannya dan menyebabkan kenaikan harga melampau yang menindas pengguna terutama koperator.
Oleh itu, semua koperator atau bangsa usahawan yang ingin menyertai program ini dijemput hadir. InsyaAllah program ini dapat memantapkan jaringan perniagaan sedia ada sesama kita.
Koperasi harus memainkan peranannya dalam membantu kerajaan dan negara menghadapi kemelut ini.
Oleh itu, jom kita santai-santai sembangkan perkara ini. Semoga akan ada jalan penyelesaian atau idea yang boleh kita cadangkan kepada pihak kerajaan. Paling penting kita dapat kuatkan jaringan perniagaan sesama kita.
Bagi yang berminat buka booth boleh berhubung dengan pihak urusetia Mr.KK ditalian 011-1111-0564.