Heboh merata-rata tentang wajibnya ada surat kebenaran daripada MITI untuk membuka premis perniagaan walaupun menurut SOP yang diberi membenarkan perniagaan itu dibuka atau beroperasi. Namun ada pula peniaga yang dikena saman oleh pihak berkuasa kerana beroperasi dalam masa ‘lockdown’ yang bermula 1 Jun 2021 yang lalu.
Pihak koperasi juga tidak terkecuali dan agak bingung dengan situasi sekarang yang selalu berubah tanpa ada satu keputusan yang tetap. Ini pastinya mengelirukan dan membingungkan setiap rakyat terutama peniaga kecil yang mana bergantung hidup sepenuhnya daripada pendapatan perniagaan.
Menurut berita semalam dikatakan pihak berkuasa memberikan masa sehingga 3 hari untuk semua peniaga mendapatkan kebenaran daripada MITI. Ini mengakibatkan kesesakan melampau di website MITI dan tidak boleh diakses.
