Informasi pilihan kali ini memetik informasi daripada wasap group Komuniti Online Koperasi (KONGSI) yang berkongsikan surat daripada Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh berkenaan pemansuhan pekeliling sebelum ini tentang penglibatan pesara sebagai ALK dalam koperasi. Informasi ini juga turut dikongsikan dalam fb Gerakan Koperasi Darul Khusus.
Warga pesara kini boleh bergerak aktif dalam koperasi sebagai ALK. Memang sejak dahulu lagi koperasi di Malaysia selalunya yang aktif adalah warga pesara. Pengalaman dan ilmu yang ada boleh disumbangkan sehingga habis nyawa dengan syarat sekiranya masih berkemampuan dan sihat lagi.

Janganlah pula dah tak mampu masih paksa diri untuk berkhidmat bagi memenuhi pepatah selagi hayat dikandung badan. Pepatah satu lagi seperti rumah kata pergi, kubur kata mari juga perlu seiring berjalan sekali. Paling penting kena pastikan kesinambungan atau pewaris akan datang dilatih secukupnya untuk menggalas tanggungjawab yang bakal diturunkan kepada mereka.
Tanpa warga tua tiadalah yang muda, jasa dan pengalaman mereka selama ini perlulah kita hargai. Umur bukan penghalang untuk kita bersama, tidak kira tua atau muda berganding bahu menggerakkan koperasi.