MEDAC dan agensi dibawahnya mengumumkan menawarkan lebih RM746 juta moratorium dan bantuan bersasar sempena penguatkuasaan PKP diseluruh negara.
Ini dikatakan dapat membantu usahawan dan koperasi menghadapi saat-saat getir dikala semua pihak terjejas disebabkan penularan covid 19.
Bantuan yang ditawarkan ini dijangkakan akan memanfaatkan 734 707 peminjam termasuklah perusahaan mikro dan informal. Begitu juga buat mereka didalam kategori B40.
Pengumuman ini disambut baik dan semua pihak mengharapkan bantuan ini dapat disalurkan segera tanpa banyak kerenah birokrasi. Kita warga koperasi pastinya tidak sabar menunggu pengumuman daripada pihak SKM pula.