Majlis Tindakan Koperasi (MCAC) yang merupakan sebuah NGO gerakan koperasi kini melebarkan sayapnya untuk mempromosikan peluang pemilikan hartanah kepada koperator dan koperasi yang berminat.
Peluang perniagaan ini merupakan peluang startegik untuk koperasi dengan menjadi rakan strategik kepada MCAC dan seterusnya membuka peluang dan ruang berkloborasi. Untuk merialisasikan hasrat tersebut MCAC menjalinkan usahasama bersama Agensi Hartanah Berlesen iaitu Urben Team Development Sdn. Bhd dan Gifted Media sebagai pengurus medai rasmi MCAC.
Ini membolehkan koperator atau koperasi yang berminat untuk memasuki perniagaan hartanah mendapat latihan dan berdaftar dengan pihak berkuasa seterusnya dapat bersama memeriahkan lagi sektor hartanah koperasi mahupun negara.
Walaupun koperasi dikawalselia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia namun terdapat juga beberapa agensi pihak berkuasa yang juga diberi kuasa mengawal atau memantau sektor hartanah negara.
Oleh itu sudah sampai masanya MCAC cuba permudahkan dengan menjalinkan kerjasama strategik agar memastikan tiada pelanggaran undang-undang atau peraturan terjadi sekiranya koperator atau koperasi berhasrat menceburi perniagaan hartanah di Malaysia.