EDC, Shah Alam – Program Gabung KIta Kuat yang telah digerakkan oleh Malaysia Cooperative Action Council (MCAC) telah berlangsung secara santai selama 3 jam di Entreprenuer Development Centre (EDC), Aras 6, Kumpulan Muara, Shah Alam.
Sesi 1: Jemputan Gerakan Koperasi telah membawa MCAC sendiri sebagai jemputan bagi memperkenalkan peranan mereka sebagai sebuah badan NGO rakan strategik kepada gerakan koperasi Malaysia.
Sesi jemputan gerakan koperasi pada minggu-minggu seterusnya berhasrat membawa SKM, IKMa dan Angkasa untuk melihat dan mencari peluang-peluang yang ada disediakan oleh 3 peneraju utama gerakan koperasi ini terutamanya dana dan geran yang boleh membantu para koperator dan bangsa usahawan itu sendiri.
Menurut Tuan Zakir dalam gerakan koperasi banyak peluang dan bantuan disediakan terutamanya di SKM sebagai penyelia dan badan induk mengawal gerakan koperasi di Malaysia.
Manakala di IKMa pula yang dahulu dikenali sebagai Maktab Koperasi Malaysia kini makin berkembang peranannya apabila dinaiktaraf menjadi Institut Koperasi Malaysia (IKMa). Makin teruja apabila pengumuman sebuah Universiti Koperasi dan Keusahawanan telah diluluskan oleh KPT baru-baru ini menunjukkan semakin meriah gerakan koperasi di negara ini.
Manakala Angkasa sebagai Koperasi Apex tunggal di negara ini telah menyaksikan perubahan-perubahan terbaharu format persidangan dan pemilihan yang pastinya berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Inilah yang kita nak gali dan sampaikan pada semua.
Namun yang penting peranan Angkasa itu sendiri sebagai koperasi besar memayungi koperasi-koperasi dibawahnya pastinya banyak program-program bakal dilaksanakan buat koperator dan kita tak mahu ketinggalan atau terlepas peluang.
Dalam Sesi Peluang Perniagaan Koperasi, kami nak bawa banyak lagi koperasi-koperasi yang ada pelbagai peluang perniagaan dan potensi buat para koperator seperti kami semua. Pada kali ini kita bawa Koperasi Wanita Malaysia Berhad sebuah koperasi kredit yang baharu dilancarkan oleh YB Menteri baru-baru ini yang misinya ingin menjadi coopbank wanita pada masa hadapan.
Bayangkan 4 NGO wanita terbesar negara terdiri daripada Yayasan Wanita, Wawasanita, Usahanita, MCED, Jaringan Melayu dan Mantan KSU Kementerian bergabung menubuhkan sebuah koperasi adalah sesuatu yang hebat dan kita nak banyak lagi gabungan membentuk koperasi agar dapat melahirkan banyak lagi majikan koperasi yang boleh menawarkan peluang pekerjaan yang hebat buat anak bangsa.
Maklumat lanjut mengenai koperasi ini boleh dilayari di www.wcbmalaysia.com
Dan sesi terakhir Sesi Sembang Teh Tarik koperasi kita nak berkenalan lebih rapat dengan semua koperator dan bangsa usahawan yang ada dan bertukar-tukar informasi mengenai perniagaan atau koperasi masing-masing.
Kami akan bawa ramai lagi rakan penaja seperti MSP yang diasaskan oleh seorang anak muda Melayu yang membawa peluang perniagaan hebat sebagai pengedar kereta daripada kecil hingga kereta-kereta mewah yang seharusnya diambil peluang oleh koperasi.
Program Koperasi membawa tema GABUNG KITA KUAT ini akan berlangsung setiap Rabu sepanjang bulan Jun ini.
Oleh itu ramai lagi koperator dan koperasi dijemput memeriahkan lagi program yang julung-julung kali digerakkan oleh NGO rakan strategik gerakan koperasi Malaysia.
Maklumat lanjut sila hubungi Encik KK ditalian 011-1111-0564 selaku urusetia program.