Pengumuman Menteri Kanan Pertahanan hari ini memang telah dijangkakan oleh ramai koperator dengan kadar 6,849 kes pada hari ini dengan jumlah keseluruhan terkini sebanyak 646,411. Ini pastinya memberikan pelbagai respon daripada Gerakan Koperasi Malaysia terutama koperator yang terdiri daripada kalangan peniaga kecil secara umumnya.
PKP 3.0 fasa ke-2 ini merupakan lanjutan daripada fasa pertama PKP 3.0 yang tamat pada 14 JUN 2021. Seperti biasa negeri perindustrian di negara ini menjuarai kadar jangkitan. Berbeza dengan PKP 1.0 total lockdown sepenuhnya dijalankan namun tidak pada PKP 3.0 yang mana terdapat industri yang dibenarkan beroperasi sehinggakan ada yang menggelarkannya PKP 3.0 separuh masak.
Ramai yang mengkritik langkah separuh masak ini dengan membenarkan beberapa industri beroperasi yang kini menjadi salah satu penyumbang terbesar penyebaran wabak ini.
Oleh itu, duduk dirumah merupakan pilihan terbaik pada masa ini untuk mengekang kadar penularan wabak ini. Dikatakan varian terbaharu ini lagi cepat merebak jika tidak dikawal sepenuhnya.
Koperator harus banyak bersabar dan sama-sama berusaha untuk berjuang memerangi wabak ini. Koperasi terutama ALK dan Pengurusan pula janganlah hanya memikirkan keuntungan semata tapi kena pandang juga ahli atau koperator dibawah. Koperasi yang baik adalah koperasi yang menjaga kebajikan ahli dan pada masa yang sama meneruskan kecermerlangan perniagaan.
