Hari ini pastinya yang ditunggu-tunggu adalah mengenai Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri petang tadi. Sesungguhnya membawa pelbagai perspektif pandangan daripada semua koperator yang juga terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Setelah setahun lebih mengharungi covid 19, akhirnya kerajaan berjaya mampu ada pelan keluar atau exit strategy. Tempoh darurat untuk fokus menangani isu covid 19 yang diberikan selama ini nampaknya tidak berjaya.

Pelan Pemulihan Negara mempunyai 4 fasa dan dijangkakan akan tamat pada hujung tahun ini jika memenuhi syarat atau nilai ambang untuk pergi ke fasa seterusnya.
Pelan ini dikatakan jalan keluar telah dibuat berdasarkan kepada data sains dan persiapan yang dibuat seperti pengurusan, ekonomi, vaksinisasi dan pelbagai lagi.

Oleh itu, kerjasama dan sokongan rakyat ditagih bagi menjayakannya. Tidak terkecuali kita sebagai koperator dan koperasi kena memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakannya.
Namun mampukah kita bertahan lagi 6 bulan sedangkan untuk bagi moratorium secara automatik kepada rakyat kerajaan beralasan tidak mempunyai kuasa.
Persoalannya pelan pemulihan atau fasa pemulihan yang dibentangkan. Tidak nampak pulih rasanya kalau tiada ubatnya seperti moratorium atau pemberian bantuan. Atau memang mesejnya memang pelanlah kita nak pulih. Tepuk dada tanya iman.