

Kes sporadik merupakan ancaman terbaharu covid 19 di negara ini. Kes ini tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster sedia ada dan hanya dikesan dalam kes-kes komuniti.
Sekali lagi Selangor menjuarai kes sporadik ini yang dikatakan lebih bahaya kerana pembawa covid 19 biasanya tidak bergejala tetapi mampu menyebarkan atau menjangkiti sesiapa sahaja disekeliling mereka. 3 daerah utama di Selangor terdiri daripada Petaling Jaya, Hulu Langat dan Klang.
Makala Sarawak juga tersenarai selepas Selangor yang tinggi berlakunya kes sporadik. Punca penyebaran dikatakan berpunca daripada kegagalan mengamalkan sop yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Oleh itu, semua koperator disarankan agar dapat berhati- hati disebabkan cepatnya penularan wabak ini. Ini bakal diburukkan lagi dengan prestasi terkini kerajaan PN yang dilihat gagal membantu rakyat setelah menguatkuasakan PKP 3.0 seperti tiadanya moratorium apabila dikatakan tiada kuasa untuk mengarahkan bank walaupun disaat darurat sedangkan bank mencatatkan keuntungan yang tinggi.