

Pengumuman Perdana Menteri hari ini memberikan kelegaan buat ramai koperator di Malaysia. Sebelum itu pengumuman sambungnya PKP dan Pemulihan mengikut fasa dilihat sebagai sesuatu yang agak dangkal kerana tiada disentuhpun bantuan ataupun ransangan ekonomi.
Namun dengan Pengumuman khas Pemulih sedikit sebanyak mampu memujuk hati-hati koperator yang kerisauan dalam menjalani kehidupan untuk menempuh hari-hari mendatang.
Pelaksanaannya kini ditunggu agar tepat seperti yang diungkap dan harap tiada maksud atau tafsiran lain yang difahami. Terutama isu moratorium janganlah ada u-turn lain hendaknya, yang mana sebelum ini dilihat bank cuba mengambil kesempatan terhadap rakyat yang kian tertekan saban hari.
Sehingga kini negara diletakkan dalam fasa 1 pemulihan dan perlu mencapai nilai ambang kes dibawah 4 ribs untuk memasuki fasa 2. Fasa demi fasa ini membolehkan lebih banyak sektor ekonomi dan larangan pkp dibuka.
Pelbagai bantuan yang diumum diharapkan dapat membantu semua pihak walaupun dikatakan agak lewat tiba. Semoga semua tabah hendaknya menghadapi segala dugaan yang tiba.