Kes hari ini mencatatkan sebanyak 6,998 dan menunjukkan trend meningkat beberapa hari kebelakangan ini. Jumlah ini agak merisaukan peniaga kecil terutama mereka yang masih tidak boleh beroperasi. Untuk pergi fasa ke2 dan seterusnya jumlah kes harian menjadi salah satu indikator.
Seperti biasa negeri Selangor menjadi penyumbang utama bilangan kes dan sektor perkilangan menjadi punca utama. Disebabkan itu, ada suara-suara meminta agar kerajaan fokus pada pembawa utama ini. Disebabkan mereka, satu negara terkena tempias.
Ibarat kalau sakitnya dikaki rawatlah kawasan kaki, jangan rawat tempat lain. Fokus perlu untuk memastikan sektor lain tidak menjadi mangsa keadaan terutamanya peniaga kecil.
Selain itu, harapan yang menyatakan penerima vaksin tidak boleh dijangkiti sebelum ini juga turut meresahkan kita apabila ramai yang mengharapkan mereka akan pulih seperti sedia kala setelah memgambil vaksin. Ternyata ianya hanya omong-omong kosong sahaja.
Setiap kita masih perlu mematuhi sop yang telah diberikan seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial, basuh tangan dan lain-lain lagi. Kita masih belum bebas sepenuhnya walaupun setelah divaksin.
